Friday, June 4, 2010

Bebaskan Gaza

Kekejaman terbaru Israel terhadap misi bantuan ke Gaza telah membuka mata ramai pihak. Kejadian ini memberi tamparan hebat kepada rejim zionis yang ego yang menyangka bahawa mereka ini 'above the law'. Kutukan demi kutukan yang dilemparkan terhadap Israel memberi tekanan kepada negara haram itu agar membebaskan Gaza dari sekatan yang mencengkam.

Bagi Umat Islam, ini merupakan suatu lagi bukti kebenaran ayat Allah yang berulang kali mengecam orang-orang Yahudi. "Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang telah mereka lakukan"
Al-Maa'idah :62

Kita melihat pembohongan demi pembohongan yang dilontarkan Israel langsung tidak meyakinkan malah menampakkan keangkuhan yang melampau. " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi 'orang dalam' (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan. Itu jika kamu (mahu) memahami" Ali Imraan : 118

Yakinlah bahawa suatu hari Islam pasti menang,Gaza pasti bebas dan Palestin akan kembali ke tangan umat Islam!

0 comments: